Sunday, June 30, 2019

Hapus Sekolah Cina, Tamil: DAP nak kecam siapa?


BERTERUSAN nampaknya kecaman DAP terhadap PAS sehubungan dengan cadangan wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, Salamiah Mohd Nor, supaya sekolah-sekolah Cina dan Tamil dihapuskan.

Hari ini giliran Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, pula mengecam PAS melalui tulisan bertajuk “tiada bukti masyarakat bertutur bahasa sama tak berpecah”.

Kata Howard Lee, cadangan ini “amatlah dangkal”, “'tin kosong' yang langsung tidak membina”, “pemikiran terpesong”, “berniat menyemai kebencian antara rakyat”, “berbaur hasutan” dan “mengundang permusuhan”.

Poin utama beliau adalah tuduhan bahawa sistem pendidikan vernakular tidak menyumbang kepada perpaduan kaum adalah tidak benar serta kelompok yang bercakap satu bahasa juga tidak semestinya sehati dan sealiran.

Saya tertanya-tanya kepada siapa sebenarnya semua kecaman DAP ini hendak ditujukan kerana jika kita teliti balik bukan PAS sahaja malah banyak pihak berwibawa lain yang turut mengutarakan perkara sama sebelum ini.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini adalah pemimpin kerajaan sekarang seperti:

(1)  Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, yang menyatakan pada 25 Oktober 2018 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil adalah penghalang kepada perpaduan nasional, 28 Jun 2018 bahawa beliau berharap untuk melihat wujudnya satu sistem sekolah sahaja, di samping menyatakan perkara sama sebelum ini, antaranya pada 14 Disember 2008, 20 Jun 2012 dan 17 November 2014.

(2)  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah, yang menyatakan pada 1 Disember 2008 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan semua kanak kanak dikehendaki mengikut satu sistem persekolahan untuk mencapai kesamarataan dan perpaduan.

(3)  Datuk A Kadir Jasin, Pegawai Media kepada Perdana Menteri, yang menyatakan pada 5 Disember 2008 bahawa “tidak guna kita mengekalkan sistem yang ada sekarang semata-mata kerana cauvinisme politik sedangkan sistem pendidikan kita hambar dengan pelajar pelbagai kaum yang tebal perkauman serta lemah dalam semua bahasa yang kononnya diperjuangkan”.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan istana seperti:

(1)  Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, yang menyatakan pada 7 Mei 2015, 21 September 2016 dan 3 November 2016 bahawa sekolah rendah hanya perlu memiliki satu aliran dengan bahasa kebangsaan harus dijadikan bahasa penghantar bagi mengatasi masalah perpaduan kaum.

(2)  Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, yang menyatakan pada 4 September 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah satu aliran.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan agamawan seperti:

(1)  Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, yang menyatakan pada 23 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dimansuhkan bagi mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing.

(2)  Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis, yang menyatakan pada  24 Disember 2018 bahawa semua anak Malaysia hendaklah melalui pendidikan sistem sekolah kebangsaan dari umur tujuh tahun sehingga ke umur dua belas tahun.

Termasuk di antara tokoh-tokoh ini juga adalah golongan cendekiawan seperti:

(1)  Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, pakar sejarah UM (waktu itu), yang menyatakan pada  2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes (1950) dan 22 Oktober 2009 bahawa sistem sekolah satu aliran perlu dilaksanakan bagi mewujudkan perpaduan kaum.

(2)  Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Rektor KYM (waktu itu), yang menyatakan pada  2 Disember 2008 bahawa cadangan menyatukan sistem persekolahan asalnya diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan diterjemahkan dalam Penyata Razak 1956 dan pelaksanaannya akan dapat mengeratkan perpaduan kaum.

(3)  Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, yang menyatakan pada  12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan kerana ia bukan sahaja memecah-belahkan masyarakat malah tidak diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

(4)  Prof Dr Rosnani Hashim, pakar pendidikan UIA (waktu itu), yang menyatakan pada 5 Februari 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina gagal memupuk perpaduan di kalangan pelajar sekolah dan melemahkan penguasaan bahasa Melayu.

(5)  Tan Sri Dr Abdul Rahmad Arshad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 12 Mei 2013 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah aliran tunggal bagi menyatukan sistem persekolahan.

(6)  Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Felo Utama KITA, UKM, yang menyatakan pada 27 September 2015 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.

(7)  Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, pakar peradaban UNISZA, yang menyatakan pada 25 Januari 2016 bahawa sekolah-sekolah Cina dan Tamil perlu dihapuskan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan.

(8)  Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Harun, pakar pendidikan UM, yang menyatakan pada 8 Januari 2019 bahawa Malaysia perlukan sekolah rendah satu aliran bagi mengukuhkan asas keharmonian negara.

(9)  Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, yang menyatakan pada 24 Mac 2019 bahawa beliau menyokong hanya wujudkan sekolah satu aliran demi perpaduan yang utuh.

Ramai lagi tokoh-tokoh lain yang berpandangan sama, termasuk dari dunia akademik, politik atau pentadbiran, tetapi cukuplah dengan senarai ini sahaja dahulu.

Malah, secara berkumpulan, pelbagai NGO Melayu Islam juga berpandangan sama, termasuklah:

(1)  Gabungan 130 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 11 Jun 2013 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.

(2)  Gabungan lebih 300 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 November 2014 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.

(3)  Gabungan 10 NGO Melayu Islam yang menyatakan pada 23 Mei 2019 bahawa kerajaan hendaklah menghapuskan sekolah-sekolah Cina dan Tamil dan mewujudkan satu aliran sekolah kebangsaan.

Apakah DAP mahu menyatakan bahawa kenyataan semua tokoh ini “amatlah dangkal”, “'tin kosong' yang langsung tidak membina”, “pemikiran terpesong”, “berniat menyemai kebencian antara rakyat”, “berbaur hasutan” dan “mengundang permusuhan”?

Mengapakah pula DAP bersikap sangat selektif dan hanya berani membuat laporan polis terhadap PAS sahaja sedangkan banyak pihak lain yang turut membuat gesaan seperti yang dibuat oleh PAS, khususnya gesaan yang dibuat selepas berlangsungnya PRU 14?

DAP mahu kecam PAS atau mahu kecam siapa sebenarnya?


DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF - HARAKAHDAILY 25/6/2019

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU