Isu 1MDB bukanlah tentang RM42 bilion 'yang hilang diangin lalu', seperti yang Mahathir perkatakan. Ia adalah mengenai mengurangkan nilai 1MDB kepada 'nilai lupus' ('scrap value') supaya mereka boleh melakukan satu lagi penipuan MV Agusta dimana hampir RM400 juta telah lesap disebabkan beberapa perniagaan yang mencurigakan berlaku. Dalam usaha terbaru ini, Malakoff akan dapat memiliki aset bernilai RM51 bilion dengan hanya RM9 bilion dan membuat tambahan RM20 bilion lagi diatas penyenaraian 1MDB.

Sebelum kita bercakap tentang bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad telah merancang untuk menggunakan Malakoff bagi melakukan "Penipuan MV Agusta” dan memindahkan RM42 bilion wang kerajaan ke dalam poket kroni beliau merangkap pemegang amanah (termasuk membuat tambahan RM20 bilion pada penyenaraian aset), marilah kita terlebih dahulu memahami isu 25 tahun penjanaan kuasa atau perniagaan IPP di Malaysia.

Dari tahun 1979 hingga 1989, Samy Vellu adalah Menteri Kerja Raya. Salah satu ‘pencapaian’ utama beliau adalah menswastakan lebuh raya utama bertol di Malaysia kepada kroni Umno dan syarikat atas perintah Perdana Menteri ketika itu, Mahathir.

Lim Kit Siang telah pergi ke mahkamah cuba untuk mendapatkan injunksi bagi menyekat apa yang dipanggilnya “rompakan siang hari” tetapi gagal. Mahkamah menolak permohonan Kit Siang dan penswastaan lebuh raya bertol Malaysia itu berjalan lancar tanpa sebarang halangan. Malah pengundi langsung tidak merasa terganggu dan memberi Mahathir kemenangan besar dalam pilihan raya umum.

Pada tahun 1989, Samy telah dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos di mana beliau berkhidmat sebagai Menteri sehingga tahun 1995, selepas itu beliau telah dipindahkan kembali ke Kementerian Kerja Raya di mana beliau berkhidmat sebagai Menteri sehingga tahun 2008. Ketika beliau menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, kerajaan menswastakan penjanaan kuasa dan mewujudkan pengeluar tenaga bebas atau IPP.

Samy telah dikenali sebagai Menteri Pelanunan. Selepas penswastaan (atau pelanunan) semua lebuh raya bertol, Mahathir menghantar beliau ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos untuk menswastakan pengeluaran tenaga. Kemudian Mahathir memindahkan Samy kembali ke Kementerian Kerja Raya untuk menyelesaikan kerja menswastakan pengeluaran air.

Selepas melantik Samy sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1989, Mahathir melantik Ani Arope Ketua Pegawai Eksekutif baru TNB pada tahun 1990, dan pada tahun 1991 Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. Tanpa diketahui oleh rakyat Malaysia, Ani Arope dan Anwar masing-masing telah dilantik sebagai CEO TNB dan Menteri Kewangan bagi satu tujuan yang sangat khusus (untuk melakukan ‘reverse takeover’ TNB dengan penswastaan pengeluaran atau penjanaan elektrik).

Pada 29 September 1992 (semasa Samy menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Ani Arope sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TNB, dan Anwar sebagai Menteri Kewangan) Malaysia mengalami gangguan bekalan elektrik terputus di seluruh negara dalam masa yang agak lama, dimana kerajaan mendakwa ianya disebabkan oleh panahan kilat.

Menurut Ani Arope, bagaimanapun, kejadian itu sebenarnya dirancang dan dilaksanakan hanya untuk membuktikan bahawa Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menswastakan pengeluaran tenaga kepada syarikat-syarikat IPP kerana ‘ketidak-cekapan’ dan ‘ketidak-upayaan menguruskan perniagaan tenaga kuasa’ oleh TNB.

Seorang rakan sekelas saya yang mengendalikan perkara ini memberitahu saya bahawa ia adalah satu tindakan sabotaj, jelas dan mudah, untuk mewajarkan penswastaan pengeluaran tenaga. Pada tahun 1993, IPP pertama dibina di Paka, Terengganu, membuktikan dakwaan Ani Arope dan rakan sekelas saya adalah betul.

Pada tahun yang sama, iaitu 1993, sebaik sahaja IPP pertama ditubuhkan, Malakoff melupuskan aset perladangannya dan mengalihkan aktivitinya kepada sektor tenaga kuasa. Pada masa ini, Malakoff adalah IPP yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara dari segi kapasiti penjanaan. Ia mempunyai portfolio yang agak besar dari segi aset penjanaan kuasa di Malaysia, rantau MENA (Middle East and North Africa) dan Australia, menurut Frost & Sullivan.

Mahathir bukan sahaja mahu Malakoff menjadi IPP terbesar yang mengawal 50% daripada pengeluaran tenaga, malahan dia juga mahu syarikat itu memonopoli industri dengan 'memiliki' TNB melalui pintu belakang atau secara ‘reverse takeover’.

Tahun lepas, penganalisis menyatakan Malakoff memberi peluang yang baik kepada pelabur yang ingin melabur dalam IPP. Mereka berkata ketidak-tentuan penyenaraian unit tenaga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Tenaga Global Bhd, yang telah ditangguhkan beberapa kali, juga menjadikan Malakoff tersenarai sebagai calon yang lebih kukuh berbanding 1MDB.

Dalam ertikata lain, oleh kerana 1MDB tidak mampu meneruskan rancangannya untuk IPO, ia menjadikan Malakoff pengeluar kuasa 'numero uno' (nombor satu) di Malaysia. Oleh itu sabotaj terhadap 1MDB atau ‘kegagalan’nya adalah satu kelebihan besar kepada sesiapa sahaja yang memiliki Malakoff. (Anda boleh terus membaca mengenainya dibawah dalam laporan 21 Mac 2015 oleh The Star: Malakoff set to make a comeback).

Sabotaj terhadap 1MDB bukan sahaja tentang memastikan Malakoff terus unggul dalam pengeluaran tenaga. Ia juga untuk mewujudkan penanda aras bagi nilai 1MDB. Mahathir berterusan mengatakan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang begitu sahaja. Ini bermakna 1MDB adalah satu lagi MV Agusta – bermakna ia adalah sebuah syarikat yang telah kehilangan RM42 bilion, tidak mempunyai nilai, dan harus dijual dengan murah.

Ramai daripada anda mungkin tidak tahu tentang apa yang berlaku kepada MV Agusta dan bagaimana RM400 juta telah "dicurah kedalam lubang tandas" ('flushed down the toilet'). Pada Disember 2004, Proton membeli 57.75% kepentingan dalam MV Agusta sebanyak 70 juta euro (RM367.6 juta). Penasihat Proton ketika itu adalah Mahathir.

Mereka kemudian mengumumkan bahawa MV Agusta sebuah “syarikat nazak” ('dying company'). “Sekiranya MV Agusta bermasalah kewangan, Proton akan tertakluk kepada liabiliti luar-jangka dimana jumlahnya boleh mencapai sehingga RM923.1 juta,” mengikut kata Proton.

Tidak lama kemudiannya, MV Agusta telah dijual pada harga 1 euro (RM4.00), selepas itu orang yang membelinya menjual syarikat itu kepada Harley Davidson dengan harga US$109 juta (RM450 juta). Jadi, Proton kerugian hampir RM370 juta dan kemudian ‘rugi’ lagi RM450 juta sedangkan sebaliknya ia boleh mendapat RM80 juta (RM450 juta - RM370 juta) keuntungan.

Dan inilah yang Mahathir rancang untuk lakukan dengan 1MDB. Tetapi dia tidak boleh buat begitu melainkan Najib mendengar arahannya atau Mahathir singkirkan Najib dan digantikan. Mahathir mahu kerajaan mengumumkan bahawa 1MDB berada dalam keadaan teruk dan ia perlu dijual murah seperti yang mereka lakukan kepada MV Agusta. Kemudian Malakoff akan memainkan peranan sebagai penyelamat berhati mulia (‘white knight’) dan datang menolong ‘menyelamatkan’ 1MDB.

Ini akan membolehkan Malakoff memonopoli perniagaan pengeluaran tenaga dan secara tidak langsung mereka akan memiliki TNB secara asasnya melalui ‘reverse takeover’.

Sama seperti dalam industri air, mengedarkan tenaga kuasa adalah satu perniagaan yang remeh. Pengeluaran kuasa adalah lebih baik, terutamanya apabila anda menjual semua yang anda hasilkan secara pukal kepada TNB atas pembelian yang dijamin dan pada harga yang ditetapkan dalam tempoh beberapa dekad, yang TNB perlu bayar sama ada mereka berjaya menjual elektrik atau tidak.

Pada asasnya, ia ibarat perniagaan mencetak wang. TNB mesti membeli semua elektrik yang anda hasilkan pada harga tertentu. Petronas, pula, mesti menjual gas kepada IPP ini pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. IPP membuat wang sedangkan TNB dibebankan kerja remeh menguruskan peruncitan elektrik tersebut. Sama ada TNB untung atau rugi bukan masalah IPP.

Dan kerana itulah mengapa dalam tahun 1996 Ani Arope meletak jawatan di TNB kerana kurang senang. Dia tidak lagi boleh bertolak ansur dengan cara TNB ditekan untuk membantu IPP membuat wang, sehingga mencecah RM20 bilion setahun mengikut Ani Arope. Dan apa yang membuat Ani Arope tambah meluat adalah, jika dia mendatangkan 'masalah' kepada mana-mana IPP, dalam beberapa minit sahaja dia akan menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri.

Pendek kata, Ani Arope tidak mahu menjadi tali barut mereka. Jadi beliau tinggalkan TNB. Hari ini, orang mereka dalam TNB ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Azman Mohd, yang mengambil alih daripada satu lagi talibarut mereka, Che Khalib Mohamad Noh. Jadi, sejak tahun 1990, Mahathir dan kroni-kroni beliau mempunyai kawalan mutlak keatas TNB.

Ini adalah sesuatu yang Mahathir telah rancang sejak 1989 sebelum memindahkan Samy Vellu ke Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dan dia melantik Ani Arope CEO TNB pada tahun 1990 dan Anwar Menteri Kewangan pada tahun 1991. Kemudian, pada tahun 1992, mereka ‘merancang’ untuk memutuskan bekalan elektrik keseluruh negara dan pada tahun 1993 mereka menganugerahkan konsesi IPP yang pertama.

Hari ini, semua IPP berada dalam tangan pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroni Mahathir. Apabila sahaja 1MDB boleh dijual, pemilik baharu 1MDB bukan sahaja mengawal sepenuhnya perniagaan tenaga kuasa di Malaysia, yang bermakna mereka juga mengawal TNB, tapi mereka juga akan membuat RM42 bilion atas 1MDB lagi memandangkan 1MDB bukan negatif (rugi) RM42 bilion sepertimana kata Mahathir, tetapi mempunyai aset melebihi liabiliti yang boleh mencapai RM9 bilion.

Jadi rancangannya adalah sangat mudah. Pertama mereka sabotaj IPO 1MDB untuk membuatkan syarikat lumpuh. Kemudian Mahathir mengumumkan bahawa 1MDB telah kehilangan (rugi, seperti dalam kerugian perniagaan) RM42 bilion dan RM42 bilion tersebut telah lesap begitu sahaja – padahal 1MDB hanya mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion tetapi asetnya RM9 bilion melebihi hutang.

Kemudian, apabila 1MDB tidak dapat diselamatkan, Malakoff bertindak ‘menyelamatkan’nya dengan membelinya dengan hanya RM9 bilion, iaitu RM51 bilion aset tolak RM42 bilion ‘kerugian’. Malakoff kemudian boleh menyenaraikan 1MDB dan membuat tambahan RM20 bilion atas penyenaraian selain RM42 bilion “kurang-nilai” ('undervalued') 1MDB, memberi Malakoff keuntungan sebanyak RM62 bilion dan monopoli industri penjanaan kuasa.

Oh, dan ya, Najib tahu tentang perkara ini. Beliau juga tahu bahawa ini adalah sebab utama mengapa Mahathir telah menyerang 1MDB sejak Disember 2014. Ia bukan mengenai ‘Selamatkan Malaysia’, seperti yang didakwa Mahathir. Ianya tentang merobek Malaysia dan membuat berbilion-bilion, sepertimana laporan The Star di bawah.

Najib tahu sejak tahun 1990, matlamat Mahathir adalah untuk mengawal industri tenaga, yang akan memberikan IPP RM20 bilion setahun, menurut Ani Arope. Pada masa Najib menjadi Perdana Menteri, industri kuasa berada di tangan  pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroni Mahathir dan TNB keseluruhannya di bawah kawalan Mahathir.

Kami telah menulis diawal lagi berhubung perkara ini, dimana kami jelaskan:

Che Khalib bin Mohamad Noh telah menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Bhd sejak 1hb Julai 2013.

Che Khalib berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) sejak 1hb Julai 2013 sehingga 8hb Disember 2014 dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi di Jabatan Strategi dan Perancangan Kewangan di DRB-HICOM Berhad sejak 16hb Julai 2012.

Che Khalib berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dari 1hb Julai 2004 hingga 30hb Jun 2012 dan berkhidmat sebagai Presiden TNB sehingga 30 Jun 2012.

Mahathir’s new battleground: TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-new-battleground-tnb/)

Pada April 2015, seorang ahli perniagaan cina tertentu pergi bertemu dengan Leo Moggie, Pengerusi TNB. Ahli perniagaan cina tersebut membuat satu kesilapan, menyebut nama Perdana Menteri Najib Tun Razak – namun, tidaklah dalam ertikata yang bersifat kritikal.

Leo Moggie dengan segera ‘menutup mulut’ ahli perniagaan cina tersebut dan memberi amaran kepadanya tentang penggunaan nama “Najib”. “Najib” merupakan “perkataan jijik” di TNB jelas Leo Moggie. Mahathir menguasai TNB dan menentukan apa berlaku. Sekiranya kamu dilihat sebagai condong kepada Najib maka sudah pasti kamu akan menjadi mayat hidup.

Jadi tidak ada satu pun perubahan selama 26 tahun walaupun Mahathir telah bersara 13 tahun yang lalu. Mahathir kekal menguasai TNB dan akan terus menjadi “lubuk wang” ('cash cow') beliau.

Mahathir’s unseen hands in TNB (http://www.malaysia-today.net/mahathirs-unseen-hands-in-tnb/)

Najib tidak akan dapat memilik-negarakan apa yang telah diswastakan. Jika kerajaan mahu mengawal kembali apa yang dianggap sebagai industri strategik dan kritikal, yang boleh digunakan untuk menjatuhkan negara ini jika ianya berada di tangan yang salah, maka kerajaan hendaklah menanganinya dengan kaedah komersial iaitu dengan membeli kembali IPP melalui syarikat milik kerajaan, GLC.

Dan itulah kenapa 1MDB diwujudkan, iaitu untuk mengambil-alih kembali perniagaan tenaga dan membebaskan TNB daripada kawalan Mahathir. Menyedari apa yang Najib telah rancangkan, dimana sekira ianya berjaya boleh mengakibatkan Mahathir hilang penguasaan dalam industri tenaga, beliau telah mensabotaj 1MDB – dengan langkah pertama mensabotaj IPO dan menyebarkan cerita bahawa 1MDB telah “kehilangan” RM42 billion yang mana sebenarnya nilai aset melebihi liabiliti sebanyak RM9 billion dan yang konon-kononnya kehilangan RM42 billion tersebut sebenarnya bukanlah satu kerugian tetapi (nilai) pinjaman.

Dan apabila Bank Negara menghalang semua pinjaman ke 1MDB ianya sedikit sebanyak telah memberi kepastian yang Malakoff sudah bersedia untuk mengambil alih.

Apabila semua ini berlaku, yang mana Mahathir berusaha keras untuk menjayakannya, Malakoff akan mempunyai nilai yang amat tinggi dan semuanya akan menjadi milik Mahathir tetapi atas nama pemegang-pemegang amanah, proksi-proksi, penama-penama dan kroni-kroni beliau. Kerajaan akan dipaksa menerima dan menanggung kerugian sebanyak RM42 bilion dan dalam masa yang sama sekiranya 1MDB disenaraikan, akan memberi Malakoff keuntungan sebanyak RM62 bilion.

Sabotaj keatas IPO 1MDB menafikan kerajaan keuntungan sebanyak RM20 billion. Jika tidak 1MDB akan menjadi syarikat yang bernilai lebih daripada RM70 billion dengan kadar hutang hanya sebanyak RM42 billion. Dan perlaksanaan IPO tersebut akan membolehkan 1MDB melangsaikan hutangnya dan bernilai lebih dari apa yang ada sekarang.


Menurut akhbar The Star: Malakoff set to make a comeback

(The Star, 21 March 2015) – The country’s largest independent power producer (IPP) Malakoff Corp Bhd is back to delight investors, at least for some who have been waiting for its return. After all, Malakoff will likely be the largest initial public offering (IPO) in Malaysia this year.

Baca seterusnya di sini


Terjemahan dari artikel di – Malaysia Today