Friday, November 11, 2016

Dasar Luar Amerika Syarikat : PI MAI PI MAI TANG TU ...

Trump akan hapuskan ISIS serta merta




Hillary Clinton mengaku kalah dan Donald Trump telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45. Dalam ucapan penerimaannya, beliau berkata beliau berjanji untuk menghapuskan ISIS serta-merta.

Jadi dia akan diberi taklimat esok di 'Oval Office' oleh CIA, Pentagon dan FBI.

Beliau dijangka akan membuat arahan tersebut.

Trump : Kita mesti musnahkan ISIS serta-merta. Tanpa tangguh-tangguh.

CIA : Kita tidak boleh buat begitu, tuan. Kita yang tubuhkan mereka bersama-sama dengan Turki, Arab Saudi, Qatar dan lain-lain.

Trump : Demokrat yang cipta mereka.

CIA : Kita yang cipta ISIS, tuan. Kita perlukan mereka kalau tidak kita kehilangan pembiayaan daripada pelobi gas asli.

Trump : Hentikan membiaya Pakistan. Biar India uruskan mereka.

CIA : Kita tak boleh buat begitu.

Trump : Mengapa begitu?

CIA : India akan lenyapkan Baluchistan daripada Pakistan.

Trump : Saya tak peduli.

CIA : India akan dapat keamanan di Kashmir. Mereka akan berhenti membeli senjata kita. Mereka akan menjadi kuasa besar. Kita perlu membiayai Pakistan untuk buat India sibuk di Kashmir.

Trump : Tetapi awak kena musnahkan Taliban.

CIA : Tuan, kita tidak boleh buat begitu. Kita cipta Taliban untuk mengimbangi Russia dalam tahun 80-an. Sekarang mereka buat Pakistan sibuk dan terleka dari nuklear mereka.

Trump : Kita kena musnahkan rejim-rejim penaja pengganas di Timur Tengah. Mari kita mulakan dengan Arab Saudi.

Pentagon : Tuan, kita tidak boleh buat begitu. Kita cipta rejim-rejim tersebut kerana kita mahukan minyak mereka. Kita tidak boleh biarkan demokrasi disana, jika tidak orang mereka yang akan dapat minyak itu - dan kita tidak boleh biarkan orang-orang mereka memilikinya.

Trump : Kalau begitu kita serang Iran.

Pentagon : Itu pun kita tidak boleh buat, tuan.

Trump : Apa? Mengapa?

CIA : Kita mahukan Stealth Drones kita balik. Kalau kita serang mereka, Russia akan serang teruk kita balik sepertimana mereka lakukan kepada sekutu ISIS kita di Syria. Selain itu kita perlukan Iran untuk mengimbangi Israel.

Trump : Kalau begitu kita serang lagi Iraq.

CIA : Tuan, sekutu kita (ISIS) sudah pun menguasai satu pertiga Iraq.

Trump : Mengapa tidak keseluruhan Iraq?

CIA : Kita perlukan kerajaan Syiah Iraq untuk mengimbangi ISIS.

Trump : Saya melarang orang-orang Islam daripada memasukki AS.

CIA : Kita tidak boleh buat begitu.

Trump : Mengapa tidak?

FBI : Rakyat kita sendiri nanti akan jadi berani.

Trump : Saya akan usir semua pendatang tanpa izin kesebelah selatan sempadan.

Peronda Sempadan : Tidak boleh buat begitu, tuan.

Trump : Mengapa tidak?

Peronda Sempadan : Kalau mereka dah tak ada, siapa yang akan bina tembok?

Trump : Saya melarang visa H1B.

USCIS : Tuan tak boleh buat begitu.

Trump : Mengapa?

Ketua Staf : Kalau tuan buat begitu, kita terpaksa pindahkan operasi Rumah Putih ke Bangalore. Di India.

Trump : (peluh sudah mula bercucuran) Apa yang perlu saya lakukan sebagai Presiden???

CIA : Nikmatilah keseronokan Rumah Putih, tuan. Kami akan menjaga yang lainnya!


Dalam kepelikan apa yang terjadi, Dato Ambiga menuduh Pilihanraya Presiden AS telah diatur.

Sebagai reaksi terhadap kejatuhan mendadak pungutan suara akibat daripada tersebarnya perlakuan meraba kemaluan, Trump menuduh pilihanraya telah diatur untuk mengalahkannya.

Ambiga akan membuka satu lembaran Bersih Amerika dan menganjurkan satu siri perhimpunan Bersih versi AS sebagai perjuangan untuk Hillary.


Hillary Clinton And Michelle Obama Announce Int'l Women of Courage Award (Ambiga Sreenevasan)

Bukan main-main. Ikuti secara serius seterusnya.


Dipetik dan diterjemah dari Another Brick in the Wall
9 November 2016


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU